mcmc
Laporan Aktiviti

HARI APRESIASI TABIKA KEMAS FELDA JENGKA 5

09.02.2023 – Tabika KEMAS Felda Jengka 5 telah mengadakan Hari Apresiasi bertempat di Tabika KEMAS Felda Jengka 5. Hari apresiasi ini diadakan setiap tahun bagi menghargai kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang. Selain itu, menghargai potensi murid-murid, mengenalpasti pelajar – pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang serta memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.

Terdapat juga acara selingan termasuklah acara pakaian beragam bagi kanak-kanak. Ramai yang memakai pakaian kostum mengikut cita-cita mereka. Terdapat beberapa murid yang memakai kostum Bomba, Askar, Doktor, Juruterbang dan pelbagai lagi. 

 GAMBAR DISINI