mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR – NADI MAHIR MASAK

NAMA: ROSMIZAH BINTI RAMLI
 UMUR: 42
 AHLI: 2018 
Latar Belakang
Puan Rosmizah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang aktif membantu keluarga dengan membuat jualan kecil-kecilan dari rumah. Beliau pernah mengambil tempahan makanan serta kek untuk jiran tetangga dan kenalan rapat. Minatnya yang mendalam dalam bidang masakan menjadi titik tolak kepada beliau untuk menambah ilmu serta meningkatkan kemahiran memasak.

Sebelum Penglibatan di NADI
Sebelum mengikuti kelas masakan pintar di NADI, Puan Rosmizah hanya bergantung kepada resipi asas yang dipelajari secara sendiri atau melalui perkongsian rakan. Jualan yang dibuat juga terhad kerana beliau kurang pendedahan kepada teknik masakan moden, khususnya dalam menyediakan hidangan bertaraf kafe atau masakan unik seperti masakan Nyonya. Hal ini sedikit sebanyak mengehadkan peluang beliau untuk menambah variasi dalam tempahan makanan yang diterima.

Selepas Penglibatan di NADI
Setelah menyertai program Mahir Masak yang dianjurkan oleh NADI, Puan Rosmizah mula mempraktikkan resipi-resipi baharu yang dipelajari melalui sesi atas talian. Beliau kini lebih yakin dalam menghasilkan menu yang menarik, moden serta bercitarasa tinggi.
Kisah Puan Rosmizah membuktikan bahawa melalui platform pembelajaran pintar seperti yang ditawarkan oleh NADI, seseorang suri rumah bukan sahaja mampu menambah ilmu tetapi juga mengubah hobi kepada peluang menjana pendapatan.