USAHAWAN KECIL PENANAMAN LADA
Nama | : Fakrul Amin Bin Zulkipli |
Umur | : 25 Tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
En. Fakrul Amin merupakan salah seorang graduan dari Sekolah Vokasional Chenor dalam kursus Hortikultur dan Landskap. Kini beliau menetap sepenuhnya di Jengka 5, di sini beliau mengusahakan ladang sawit milik orang tua beliau disamping mengusahakan tanaman pokok lada secara kecil-kecilan menurusi cara fertigasi. Setakat ini En. Fakrul hanya menanam sebanyak 200 batang pokok lada. “Saya masih baru lagi dalam bidang penanaman lada ini, isha allah jika rezeki dimurahkan saya akan memngembangkan lagi perusahaan saya ini” ujar beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
En.Fakrul hanya memasarkan dan menjual hasil tanaman lada nya kepada penduduk kampung dan kedai-kedai runcit yang terdapat di sekitar kawasan kampung sahaja. Beliau juga hanya mengunaakan inovasi dan teknik-teknik penanaman yang dipelajari beliau dahulu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
En. Falrul dapat memasarkan hasil tanaman nya ke luar kawasan kampung dan berjaya menjadi pembekal kepada restoran-restoran. Hasil pendapatan beliau juga meningkat. “Alhamdulillah, saya dah ada pelanggan setia” katanya.