Produk Kesihatan
Nama | : Anuar Bin Abdullah |
Umur | : 50 |
Ahli | :2018 |
Latar belakang
Encik Anuar memang seorang ahli perniagaan tapi secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula menjadi Ejen Elken yang sah sejak tahun 2015. Encik Anuar diperkenalkan dengan perniagaan Elken ini melalui rakan baiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Anuar hanya mempromosikan produk Elken tersebut di kawasan sekitar kampung sahaja. Produk Elken ini agak mahal jadi tidak semua orang berkemampuan untuk memiliki atau membeli produk – produk tersebut. Jadi agak sukar untuk Encik Anuar mengembangkan perniaagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Anuar memperolehi teknik-teknik mempromosikan produknya melalui bengkel-bengkel dan seminar yang telah disertainya. Beserta dengan teknik-teknik asas pemasaran dan teknik perniagaan atas talian yang dipelajarinya, pelanggan Encik Anuar kini tidak terhad di dalam kampungnya sahaja. Tugas Encik Anuar untuk mengembangkan dan mempromosikan produk jualannya juga lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT.