mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT- PUTRI AINUL HUDA BINTI ASMURI

ainul

CELIK ICT- PUTRI AINUL HUDA BINTI ASMURI

NAMA  : PUTRI AINUL HUDA BINTI ASMURI 
UMUR  : 8 TAHUN
AHLI  : 2018 

 

LATAR BELAKANG

Adik Putri Ainul Huda binti Asmuri berusia 8 tahun dan pengetahuannya mengenai ICT masih diperingkat awal. Adik Ainul mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak Mei 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet adik Ainul hanya pandai menggunakan aplikasi youtube di telefon pintar sahaja. Adik Ainul tidak tahu mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office. Adik Ainul juga tidak mahir menaip menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Ainul sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik ainul sudah boleh membuat slide presentation di Microsoft Power Point tanpa pemantauan berterusan. Adik Ainul juga lebih mahir menaip dengan menggunakan papan kekunci. Selain itu juga, Adik ainul mengulangkaji pelajarannya di Pusat Internet Felda Jengka 5 dengan melayari laman web pembelajaran. Keputusan peperiksaan adik Ainul juga agak memuaskan selepas mengulangkaji pelajaran di laman web tersebut.