mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2020-CELIK ICT-NUR AZMUNIRAH BINTI ABDULLAH

uyah

CELIK ICT-NUR AZMUNIRAH BINTI ABDULLAH

Nama : Nur Azmunirah binti Abdullah
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Adik Munirah berusia 14 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Munirah mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Munirah hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Munirah juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Munirah tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Munirah sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Munirah sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Munirah juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Munirah juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.