mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2020-KEUSAHAWANAN-SITI MAISARAH BINTI DARWIN

kak sarah

KEUSAHAWANAN-SITI MAISARAH BINTI DARWIN

Nama : SITI MAISARAH BINTI DARWIN
Umur  : 37
Ahli : 2018

 

Perniagaan: Perkhidmatan Makanan

 

Latar belakang

Puan Sarah merupakan seorang ahli perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula berniaga dengan membuka gerai burger dan roti salut di hadapan DMart Felda Jengka 5. Puan Sarah memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Puan Sarah membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Puan Sarah banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus pembuatan makanan untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya melihat resepi melalui buku sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Sarah mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari resepi yang terdapat di internet bagi menambah baik rasa dan kualiti makanan buatannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan makanan jualannya secara atas talian. Puan Sarah mula mengambil tempahan dari luar kampung dalam kuantiti yang banyak. Puan Sarah juga sudah boleh menghasilkan pelekat untuk perniagaannya sendiri tanpa perlu mengupah mereka yang lebih mahir.