mcmc
WARGA Pi1M

`BAHAYA STROK HABA

Apakah Itu Strok Haba?

Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).

Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih. 

Kejadian strok haba  boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.

Tanda / Gejala Strok Haba

Orang awam perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala strok haba agar tindakan segera dapat diambil.

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah : 

*denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit)

*pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit)

*badan terasa panas dan kering

*sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing

8berasa mual

*peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C)

*tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)

*tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.