Dropship Produk Safiyya Hijab
Nama | : Nur Fadilah Binti Hassan |
Umur | : 29 Tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Nur Fadilah mula terlibat dengan peniagaan online sejak tahun 2017. Puan Nur Fadilah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Nur Fadilah bermula dengan produk kecantikan seperti scrub dan jamu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nur Fadilah hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nur Fadilah mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Nur Fadilah juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Fadilah menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.