mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2020-KEUSAHAWANAN- PN.NORLAILI BINTI MUSTAKIM

k

KEUSAHAWANAN- PN. NORLAILI BINTI MUSTAKIM

NAMA  : NORLAILI BINTI MUSTAKIM 
UMUR  : 31 
AHLI  : 2018

Latar belakang

Puan Laili memang seorang ahli perniagaan tapi secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula berniaga dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya. Puan Laili memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Kini atas usaha gigihnya, beliau mampu untuk menubuhkan satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan makanan iaitu catering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Laili hanya berniaga di dalam kawasan kampung sahaja. Beliau mengambil tempahan melalui rakan terdekat sahaja. Tempahan untuk perkhidmatan makanannya sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Laili dapat mengiklankan perkhidmatannya dengan lebih luas. Beserta dengan teknik-teknik asas pemasaran dan teknik perniagaan atas talian yang dipelajarinya, pelanggan Puan Laili kini tidak terhad di dalam kampungnya sahaja. Puan Laili juga sudah mampu untuk menghasilkan pamphlet iklannya sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk mengupah orang lain untuk menghasilkannya