KEUSAHAWANAN-KAMISAH BINTI MOHD TAMIN
Nama | : Kamisah binti Mohd Tamin |
Umur | : 39 |
Ahli | :2018 |
Perniagaan: Dropship Produk Nurraysa
Latar Belakang
Puan Kamisah mula terlibat dengan peniagaan online sejak tahun 2019. Puan Kamisah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Kamisah bermula dengan produk kecantikan seperti scrub,jamu dan set kecantikan kulit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Kamisah hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Kamisah mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Kamisah juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Kamisah menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.