CELIK ICT- MUHAMMAD SHAHRUL AZZAM BIN ROSMAN
NAMA | : MUHAMMAD SHAHRUL AZZAM BIN ROSMAN |
UMUR | : 9 TAHUN |
TAHUN | : 2018 |
Latar belakang
Adik Azzam berusia 9 tahun dan dia merupakan seorang pemegang kad OKU masalah pembelajaran. Adik Azzam agak sukar untuk menumpukan perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas. Adik Azzam mula datang ke Pusat Internet sejak Jun 2018. Pada peringkat awal dia hanya melihat rakan-rakan sebaya belajar menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, Adik Azzam lansung tidak tahu menggunakan gadget beserta komputer. Dia hanya melihat dari jauh sahaja apa yang dilihat oleh kawan-kawannya di komputer. Adik Azzam juga agak sukar untuk menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru di sekolah kerana pembelajaran di sekolah agak membosankan baginya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet adik Azzam sudah mampu menggunakan komputer dan sudah mula mengenal huruf pada papan kekunci. Adik Azzam sudah boleh mencari kata kunci pada laman Youtube untuk menonton video pilihannya. Adik Azzam juga sudah mampu mengira dan membaca kerana dia juga menghadiri kelas tambahan yang di lakukan oleh petugas Pusat Internet.